Wednesday 10 October 2012

Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Bantuan Malaysia


Sejarah Penubuhan 

Unit Polis Bantuan (PB) ditubuhkan pada tahun 1948 semasa negara menghadapi zaman darurat. Pada tahun 1956, PB dibubarkan setelah tamat darurat dan ditubuhkan kembali mengikut Akta Polis 1967.

Arahan dan Penggunaan Akta
- Akta Polis 1967 (Sek. 47 – Sek. 50)
- PTKPN A 501
- Auxiiarry Police Rules 1967
- Auxiiarry Police Regulation 1970

Pelantikan
Sek. 47 (1) Akta Polis 1967, Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri , boleh melantik mana-mana orang untuk berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai Pegawai Kanan Polis Bantuan dengan pangkat Penguasa, Timbalan Penguasa, Penolong Penguasa atau Inspektor dan boleh menetapkan kawasan di mana pegawai itu akan berkhidmat.

Sek. 47 (2) Akta Polis 1967, PJP/KP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya di kontinjen berkaitan boleh melantik orang untuk berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai Pegawai Rendah Polis Bantuan dengan pangkat kehormat Polis Bantuan Sub-Inspektor, Sarjan Mejar, Sarjan, Koperal Atau Konstabel dan boleh menetap di mana-mana kawasan di mana ia berkhidmat.

Pengambilan
Pengambilan akan dijalankan oleh agensi - agensi mengikut keperluan dan kekosongan jawatan di agensi masing-masing.
Agensi akan memohon penubuhan dan perjawatan dengan PDRM. PDRM akan membantu dalam proses/tatacara/pengambilan. Calon melepasi tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Latihan Asas
Semua Pegawai Kehormat dan Anggota PB dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan selama 9 minggu di Pusat Latihan Polis. Perbelanjaan adalah di bawah peruntukan agensi masing-masing. Silibus latihan akan disediakan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman.


Pakaian Seragam
KPN di bawah peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 mempunyai kuasa terhadap reka bentuk, peralatan dan warna yang boleh menjadi pakaian seragam Polis Bantuan yang didasarkan kepada pertimbangan beliau.

Semua pegawai dan anggota PB perlu mematuhi arahan pemakaian seragam yang diluluskan seperti Lampiran ‘1’ PTKPN A 501.
Kos perbelanjaan pakaian adalah dibawah tanggungan majikan masing-masing.

Gaji dan Elaun
Gaji dan elaun pegawai dan anggota PB dibayar oleh majikan masing-masing.

Kuasa Menyiasat
Kuasa menyiasat kepada Sarjan ke atas hanya diberikan kepada Polis Bantuan yang bertugas di pelabuhan.

Kenaikan Pangkat
Proses kenaikan pangkat diuruskan oleh majikan masing-masing.

Kad Kuasa
Bagi pegawai dan anggota kad kuasa yang dikeluarkan adalah berwarna ‘Pantone cool Gray’.

Perjawatan PB
- Perjawatan yang diluluskan untuk agensi PB tidak melebihi perjawatan dan apangkat pegawai/anggota balai PDRM.  Pangkat tertinggi
  pegawai PB tidak melebihi daripada pangkat KPD di kawasan yang dipohon.
- Penyusunan atau penyelarasan semula perjawatan yang telah diluluskan perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara.

Bidang Kuasa Tugas
Kuasa yang diberikan hanya dalam kawasan yang ditetapkan sahaja.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh pegawai/anggota PB adalah seperti berikut :-
-          Rondaan, Bit dan Kawalan Statik
-          Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
-          Melindungi dan mengiringi harta majikan
-          Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
-          Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah

Kuasa tersebut boleh dipanjangkan di luar dari kawasan yang ditetapkan dengan arahan bertulis daripada majikan untuk menjalankan tugas-tugas rasmi.

Pemakaian Pingat Perkhidmatan
Pegawai dan anggota PB layak menerima pingat-pingat perkhidmatan seperti Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Kebaktian (PK).

3 comments:

  1. maknanye, polis bantuan xder kuasa nk saman orng awan diluar darpda kawasan yg ditetapkan kan??

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, memang betul kami tidak dibenarkan menyampaikan saman diluar kawasan yang ditetapkan kerana kami juga tidak menjalan tugas diluar kawasan yang ditetapkan. Namun begitu, penyampaian saman oleh adalah dengan kuasa Mahkamah dan kami dibenarkan menyampaikan saman atau kompaun sehingga kerumah Orang Yang Kena Kompaun. Ada juga Unit Polis Bantuan yang memang bertugas di kawasan awam seperti Majlis-Majlis Perbandaran dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. macam mana nak dapatkan buku peraturan-peraturan (Polis Bantuan) 1970?

    ReplyDelete