Aktiviti Unit


MESYUARAT MASCOM 2012


9 Oktober 2012-Lembaga Pelabuhan Johor telah menganjurkan Mesyuarat MASCOM  2012 bagi membincangkan isu-isu  berkaitan Kod ISPS (International Ship and Port Facility Security Code) di kemudahan Pelabuhan Perairan Johor. Mesyuarat tahunan yang dipengerusikan oleh Maritime Transport Security Officer (MTSO) iaitu Tuan Hj. Damon Nori Bin Masood ini telah dihadiri oleh 11 Maritime Facility Security Officer (MFSO) di perairan Johor yang terdiri daripada  Jeti Penumpang Tg. Pengelih, Terminal Feri Tg. Belungkor, Pelabuhan Tanjung Langsat Sdn. Bhd, Johor Port Berhad, PGU Idemitsu, Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE), The Zon Ferry Terminal, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd, Tanjung Bin Power Plant, ATT Tanjung Bin dan Terminal Penumpang Minyak Beku. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Gerakan Marin Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Cawangan Trafik Kota Tinggi, Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan, Ibu Pejabat Polis Daerah  Seri Alam, Ibu Pejabat Polis Daerah Nusa Jaya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Johor, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Perikanan Negeri Johor dan Johor Port Forwarding and Shipping Association (JPSFA).

Mesyuarat pada kali ini dihoskan oleh ATT Tanjung Bin sebagaimana keputusan mesyuarat yang terdahulu dimana hos mesyuarat akan digilirkan antara semua Faciliti selain Lembaga Pelabuhan Johor sendiri. Antara agenda yang dibincangkan adalah perkara-perkara berbangkit yang melibatkan isu penguatkuasaan Kod ISPS disemua kemudahan Pelabuhan yang telah mematuhi Kod ISPS itu sendiri, isu keselamatan kapal-kapal diperairan Johor dan beberapa isu baru yang akan ditimbulkan dalam mesyuarat ini. Dalam ucapan pembukaan mesyuarat, MTSO (Pengerusi mesyuarat) telah menekankan beberapa isu baru sebagai tindakan dan makluman semua yang hadir:

1.      Kajian berkenaan peraturan kepada semua kapal yang membawa Pengawal Keselamatan bersenjatapi yang ingin memasuki pelabuhan di Malaysia termasuk di Negeri Johor- Jabatan Laut Malaysia sebagai Designated Authority (DA) dalam peringkat akhir menyiapkan peraturan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diluluskan.
2.      Penekanan terhadap kes-kes ancaman lanun yang mula bergiat aktif di perairan Johor.
3.      Kes-kes kecurian kabel didermaga beberapa Kemudahan Pelabuhan seperti di Pelabuhan Tanjung Langsat Sdn. Bhd. dan Johor Port Berhad yang melibatkan kerugian ratusan ribu Ringgit.
4.      Isu jeti Persendirin yang belum dilesenkan tetapi menjalankan aktiviti tanpa kebenaran. Banyak juga aktiviti kurang sihat dilaporkan membabitkan jeti persendirian ini termasuk masalah PATI dan ‘bunkering’ haram.
5.      Pihak DA telah mengarahkan MTSO memantau aktiviti Barter Trade di Johor yang mana setelah dikenalpasti hanya JPB sahaja menjalankan aktiviti ini. Pihak DA meminta aktiviti Barter Trade dipantau kerana kebanyakan kapal yang terlibat tidak mematuhi Kod ISPS dan kawasan aktiviti Barter Trade sepatutnya diasingkan dari Dermaga pelabuhan atas faktor-faktor keselamatan.
6.      Laporan EPENS LPJ menunjukkan terdapat peningkatan pengisytiharan EPENS semenjak dilancarkan oleh LPJ pada Februari 2012. Namun terdapat beberapa agensi perkapalan yang masih kurang melaporkan kemasukan melalui EPENS. LPJ tidak teragak-agak melakukan tindakan penguatkuasaan bersama JLM bagi tujuan mengkompaun agensi perkapalan mahupun MFSO yang gagal mematuhi arahan ini.

Dalam mesyuarat ini juga, semua MFSO telah membentangkan Laporan aktiviti KOD ISPS yang dijalankan di semua kemudahan masing-masing termasuk Drill & Latihan, Security Incident Report (sekiranya ada), pindaan pada MFSO, MFSP atau SoC, serta isu-isu baru yang ingin dibangkitkan. Kehadiran agensi penguatkuasaan juga membolehkan beberapa perkara yang dibangkitkan dapat dibancangkan dengan lebih berkesan. Seterusnya beberapa langkah baru perlu diambil bagi meningkatkan keselamatan di Perairan Johor dan kemudahan pelabuhan itu sendiri.





No comments:

Post a Comment