Sunday 28 October 2012


UNIT KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
MENGUCAPKAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN
10 ZULHIJJAH 1433 H

Tuesday 23 October 2012

POINTERS PETUNJUK-PETUNJUK PRESTASI UTAMA ATAU KEY PERFORMANCE INDICATORS ( KPI )


PERDANA MENTERI MALAYSIA
1. Apakah latar belakang KPI ?
Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama ( KPI ) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi d an fungsi agensi, setiap organisasi perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi secara keseluruhannya. Dalam pembentangan bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa sejak memegang teraju Kerajaan, beliau telah melaksanakan KPI dalam melunaskan urusan negara.
Beberapa kaedah yang telah dilaksanakan sebelum ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti penyampaian seperti pengukuran prestasi individu dan organisasi melalui sasaran kerja tahunan, pengukuran kecekapan Sistem Pengurusan Kualiti melalui pelaksanaan MS ISO 9000 serta Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM ) dan penandaarasan amalan-amalan terbaik melalui pelaksanaan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam.
2. Apakah KPI ?
KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi ( PKPA Bil. 2/2005 ). Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi.  
Contoh KPI adalah seperti berikut :

PETUNJUK PRESTASI UTAMA  (KPI )
 
SASARAN 
PENCAPAIAN SEMASA
(Sehingga 30 Sept. 2009)
Kadar Penyelesaian Aduan Bagi Tahun 2009
90% 
82.6 %
Kadar Penyelesaian Aduan Dalam Tempoh 15 Hari Bekerja
 
35% 
27.0 %
Indeks Kepuasan Pelanggan
( Cemerlang dan baik )
 
85 % 
8.1 %
Tujuan KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama yang  akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi.  Jika mahu melihat KPI berfungsi dan memberi faedah kepada organisasi, ia harus diukur secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan.
KPI boleh digunakan dalam beberapa kaedah seperti Directional KPI  iaitu memberikan ukuran yang baik atau lemah dalam bidang perkhidmatan yang spesifik dan memantau  sama ada terdapat penambahbaikan.  Quantifiable KPI  diwakili oleh angka dan memberikan ukuran yang tepat untuk menganalisis data.  Terdapat juga KPI yang menggunakan sifat seperti lemah, sederhana dan baik yang boleh ditukarkan kepada skala nombor 1- 4. Secara keseluruhannya KPI menyediakan peluang kepada organisasi untuk menyasarkan bidang-bidang yang perlu dilakukan penambahbaikan dan seterusnya menjamin kecemerlangan organisasi.
3. Mengapa perlu KPI ?
Secara  keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu:
i. Menjelaskan hala tuju organisasi  
- melalui pembinaan KPI, sesebuah organisasi dapat menyedari perkara-perkara penting yang patut diberi perhatian dalam menjayakan misi dan visi organisasi.  Sistem  pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan  strategik.
ii. Organisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang   utama  kepada pihak  berkepentingan        
    
- ia membantu organisasi menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap penghalang kepada keberkesanan sesuatu program. Dengan ini teras kepada kecemerlangan dan keberkesanan dapat diberi tumpuan.
iii. Menilai semula prestasi yang  telah disasarkan                         
- tindakan pembetulan serta penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan petunjuk-petunjuk prestasi. Pemantapan prestasi boleh dilaksanakan dengan membandingkan pencapaian masa lalu dengan prestasi semasa serta menyasarkan prestasi pada masa akan datang.

4. Apakah prinsip-prinsip asas pengukuran prestasi di agensi kerajaan?
Pelaksanaan pengukuran prestasi di agensi Kerajaan adalah berlandaskan prinsip-prinsip asas seperti berikut:
i. Pengukuran prestasi di agensi Kerajaan adalah bagi menilai kualiti     penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
ii. Tumpuan pelaksanaan pengukuran ini adalah kepada perkhidmatan-perkhidmatan utama yang disampaikan oleh agensi kepada pelanggan
iii. Perkhidmatan-perkhidmatan utama ini diukur dari segi proses menghasil dan menyampaikannya kepada pelanggan serta tahap kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dihasilkan.
iv. Sebagai permulaan, pelaksanaan pengukuran di agensi Kerajaan dibuat berasaskan data semasa agensi.
v. Pelaksanaan pengukuran prestasi memerlukan agensi mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran prestasi sebagai asas membuat pengukuran.
vi. Sasaran prestasi yang ditetapkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut;
a) Keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur dan persekitaran yang sesuai untuk menghasilkan perkhidmatan kepada pelanggan.
b) Kehendak, ekspektasi dan maklumbalas daripada pelanggan.
vii. Sasaran prestasi yang ditetapkan untuk mengukur KPI hendaklah memenuhi ciri-ciri  SMART  ( iaitu specific, measurable, achievable, realistic, time bond atau spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa).
viii. Pengukuran, penilaian, pemantauan dan tindakan penambahbaikan perlu dijalankan secara berterusan.
ix. Perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan perlu dikaji semula secara berkala untuk memastikan ia terus relevan dan berkesan.

5. Penutup
Penggunaan petunjuk prestasi utama ( KPI ) merupakan satu amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan. Melalui penggunaan KPI tindakan penambahbaikan secara berterusan dapat memenuhi kehendak pelanggan.


Wednesday 17 October 2012

Taklimat Asas Keselamatan berdasarkan KOD ISPS di MIVC


Unit Keselamatan Lembaga Pelabuhan Johor telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat Asas Kawalan Keselamatan berdasarkan kehendak Kod ISPS di Marina Island Venture Capital (MIVC) Terminal Feri Tg. Belungkor pada 19 Oktober 2012.

Objektif utama taklimat ini adalah memberi dan menekankan pemahaman asas kepada Kod ISPS dimana sebelum ini Pematuhan Kod ISPS telah dilaksanakan di Terminal tersebut.  Antara aspek yang ditekankan dalam taklimat adalah:

  1. Pengenalan kepada Kod ISPS /Kronologi
  2. Insiden Ancaman Keselamatan dan Serangan Besar-besaran
  3. Objektif Kod ISPS
  4. Perlaksanaan Kod ISPS
  5. Jenis-jenis Ancaman Keselamatan
  6. Tahap-tahap Ancaman Keselamatan
  7. Penilaian keselamatan
  8. Kawalan Keselamatan TFTB
  9. Taklimat Penguatkuasaan
  10. Tanggungjawab MFSO
  11. Taklimat EPENS
Barisan Penceramah:
1)Sjn/PB Mohd Rafi Bin Abdullah Sani
2)Sjn/PB Zakaria Bin Saion
3)Kpl/PB Harun Bin Sarmi

Admin.

Wednesday 10 October 2012

SENARAI NOMBOR TELEFON PDRM

Aktiviti Unit Keselamatan 2012



  1. Majlis Pelancaran EPENS pada 1 Februari 2012 di Hotel Selesa.
  2. Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia pada 9 Februari 2012 di Kuching.
  3. Menganjurkan Taklimat & Bengkel EPENS di The Zon Hotel pada 14 Feb. 2012
  4. Menganjurkan Taklimat & Bengkel EPENS di Ibu Pejabat LPJ pada 15 Feb. 2012
  5. Menganjurkan Mesyuarat MFSO yang dihoskan oleh MMHE pada 16 Feb. 2012
  6. Menganjurkan Pertandingan Menembak unit-unit LPJ pada 16 Feb. 2012
  7. ISPS Code Drill di TFTB pada 20 Mac 2012
  8. ISPS Code Drill di TFC pada 27 Mac 2012
  9. Audit Sekuriti Tidak Berjadual bersama JLM di Tanjung Bin Power Plant pada 10 Apr 2012
  10. Lawatan US Coast Guard di LPJ pada 12 Apr 2012.
  11. Naziran Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan di JPB pada 25 Apr 2012
  12. Menganjurkan Taklimat & Bengkel EPENS di PTP pada 7 Mei 2012
  13. Audit Sekuriti Tidak Berjadual bersama JLM di Tanjung Pengelih pada 15 Mei 2012
  14. Audit Sekuriti Tidak Berjadual di LPJ  pada 24 Mei 2012
  15. Audit Sekuriti Tidak Berjadual bersama JLM di The Zon pada 11 Jun 2012
  16. Taklimat Automatic Identitification System (AIS) oleh JLM di LPJ pada 13 Jun 2012
  17. Menjalankan Audit Sekuriti Dalaman Kod ISPS di Tanjung Bin Power Plant pada 11 Jun 2012
  18. Menjalankan Audit Sekuriti Dalaman Kod ISPS di Tanjung Langsat Port  pada 18 Jun 2012
  19. Menganjurkan Taklimat EPENS kepada MFSO di LPJ pada 21 Jun 2012
  20. Menjalankan Audit Sekuriti Dalaman Kod ISPS di PGU Idemitsu  pada 25 Jun 2012
  21. Menganjurkan Mesyuarat MFSO yang dihoskan oleh The Zon  pada 26 Jun  2012
  22. Menjalankan Audit Sekuriti Dalaman Kod ISPS di Tanjung Pengeliht  pada 5 Julai 2012
  23. Latiahan Kod ISPS 'Ex- Nasional' bersama Jabatan Laut Malaysia pada 9-10 Julai 2012
  24. Mesyuarat MASCOM yang dihoskan ATT Tanjung Bin pada 9 Oktober 2012

Fungsi & Peranan Pasukan Polis Bantuan LPJ


Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Lembaga Pelabuhan Johor bertanggungjawab untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan supaya semua kemudahan pelabuhan di Perairan Johor bebas dari ancaman keselamatan dan aktiviti jenayah selaras Undang-undang Kecil Pelabuhan Johor dan peraturan-peraturan dibawah Kod ISPS.

Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Bantuan Malaysia


Sejarah Penubuhan 

Unit Polis Bantuan (PB) ditubuhkan pada tahun 1948 semasa negara menghadapi zaman darurat. Pada tahun 1956, PB dibubarkan setelah tamat darurat dan ditubuhkan kembali mengikut Akta Polis 1967.

Arahan dan Penggunaan Akta
- Akta Polis 1967 (Sek. 47 – Sek. 50)
- PTKPN A 501
- Auxiiarry Police Rules 1967
- Auxiiarry Police Regulation 1970

Pelantikan
Sek. 47 (1) Akta Polis 1967, Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri , boleh melantik mana-mana orang untuk berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai Pegawai Kanan Polis Bantuan dengan pangkat Penguasa, Timbalan Penguasa, Penolong Penguasa atau Inspektor dan boleh menetapkan kawasan di mana pegawai itu akan berkhidmat.

Sek. 47 (2) Akta Polis 1967, PJP/KP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya di kontinjen berkaitan boleh melantik orang untuk berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai Pegawai Rendah Polis Bantuan dengan pangkat kehormat Polis Bantuan Sub-Inspektor, Sarjan Mejar, Sarjan, Koperal Atau Konstabel dan boleh menetap di mana-mana kawasan di mana ia berkhidmat.

Pengambilan
Pengambilan akan dijalankan oleh agensi - agensi mengikut keperluan dan kekosongan jawatan di agensi masing-masing.
Agensi akan memohon penubuhan dan perjawatan dengan PDRM. PDRM akan membantu dalam proses/tatacara/pengambilan. Calon melepasi tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Latihan Asas
Semua Pegawai Kehormat dan Anggota PB dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan selama 9 minggu di Pusat Latihan Polis. Perbelanjaan adalah di bawah peruntukan agensi masing-masing. Silibus latihan akan disediakan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman.


Pakaian Seragam
KPN di bawah peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 mempunyai kuasa terhadap reka bentuk, peralatan dan warna yang boleh menjadi pakaian seragam Polis Bantuan yang didasarkan kepada pertimbangan beliau.

Semua pegawai dan anggota PB perlu mematuhi arahan pemakaian seragam yang diluluskan seperti Lampiran ‘1’ PTKPN A 501.
Kos perbelanjaan pakaian adalah dibawah tanggungan majikan masing-masing.

Gaji dan Elaun
Gaji dan elaun pegawai dan anggota PB dibayar oleh majikan masing-masing.

Kuasa Menyiasat
Kuasa menyiasat kepada Sarjan ke atas hanya diberikan kepada Polis Bantuan yang bertugas di pelabuhan.

Kenaikan Pangkat
Proses kenaikan pangkat diuruskan oleh majikan masing-masing.

Kad Kuasa
Bagi pegawai dan anggota kad kuasa yang dikeluarkan adalah berwarna ‘Pantone cool Gray’.

Perjawatan PB
- Perjawatan yang diluluskan untuk agensi PB tidak melebihi perjawatan dan apangkat pegawai/anggota balai PDRM.  Pangkat tertinggi
  pegawai PB tidak melebihi daripada pangkat KPD di kawasan yang dipohon.
- Penyusunan atau penyelarasan semula perjawatan yang telah diluluskan perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara.

Bidang Kuasa Tugas
Kuasa yang diberikan hanya dalam kawasan yang ditetapkan sahaja.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh pegawai/anggota PB adalah seperti berikut :-
-          Rondaan, Bit dan Kawalan Statik
-          Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
-          Melindungi dan mengiringi harta majikan
-          Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
-          Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah

Kuasa tersebut boleh dipanjangkan di luar dari kawasan yang ditetapkan dengan arahan bertulis daripada majikan untuk menjalankan tugas-tugas rasmi.

Pemakaian Pingat Perkhidmatan
Pegawai dan anggota PB layak menerima pingat-pingat perkhidmatan seperti Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Kebaktian (PK).