Tuesday 9 July 2013

Seminar Kawalan Ancaman Keganasan Kod ISPS Cape-X 3 2013

Unit Keselamatan Lembaga pelabuhan Johor telah berjaya menganjurkan Seminar Kawalan Ancaman Keganasan Kod ISPS Cape-X 3 untuk tahun 2013 bagi melengkapkan kepatuhan kepada syarat penganjuran latihan dalam tempoh 18 bulan. Pada kali ini MTSO telah mendapat kebenaran DA untuk melaksanakan latihan dalam bentuk Seminar.


Seminar Cape-X 3 telah dilangsungkan pada 18-19 Jun 2013 di Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor. Seramai lebih 150 peserta telah menyertai seminar ini dari kalangan 11 buah Terminal di Johor yang mematuhi Kod ISPS serta peserta jemputan dari Agensi Kerajaan dan Swasta. LPJ juga telah membuka penyertaan kepada ahli-ahli Sekreteriat Polis Bantuan Pelabuhan-pelabuhan Malaysia dari seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai Terminal dan Agensi yang menyertai:


  1. Johor Port Berhad
  2. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.
  3. Jeti Penumpang Tanjung Pengelih
  4. Terminal Feri Tg. Belungkor
  5. Pelabuhan Tanjung Langsat Sdn. Bhd.
  6. Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE)
  7. Idemitsu Sdn. Bhd.
  8. Jeti Penumpang The Zon
  9. Tanjung Bin Power Plant
  10. ATT Tanjung Bin
  11. Jeti Penumpang Minyak Beku
  12. Jabatan Imigresen Negeri Johor
  13. Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
  14. Jabatan Perikanan
  15. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  16. Ahli-ahli Johor Port Forwarding & Shipping Assocuation (JPSFA)
  17. Lembaga Pelabuhan Kelang
  18. North Port Sdn. Bhd.
  19. West Port (M) Bhd.
  20. Sabah Port Sdn. Bhd.
  21. Langkawi Port Sdn. Bhd.
Antara pengisian seminar selama 2 hari ini adalah kepentingan keselamatan Maritim Malaysia, Keselamatan Pelabuhan, kapal & Perairan serta Pencegahan dan Pengendalian Ancaman pengganas.


Antara Penceramah-Penceramah yang membentangkan Kertas Kerja dalam Seminar ini adalah:


  1. Kapten Maritim Mohd Onn Bin Khalil -APMM
  2. Kapten Lee Ghim Teck- ALAM
  3. Tuan Ariff Bin Abd. Aziz- JLM
  4. Tuan Ahmad Mansor Sa Bin Abu Hassan- North Port
  5. Tuan DSP Zakaria Bin Adam- Bukit Aman
  6. Supt. Tan Kwang Seng - SEARCCT
  7. Lt. Kol Shaharuddin Bin Mohd Noh - MINDEF
  8. Tuan SAC Wan Mohd Bin Wan Abdullah

Antara acara menarik dan diberi kelainan pada Seminar Cape-X 3 kali ini adalah Majlis Makan Malam bertema dan urusetia telah memilih tema Pirate of Johorean yang mana telah dilangsungkan disebelah malam hari pertama di Restoran terapung Seri Bahagia Kampung Tanjung Langsat. Peserta dihidangkan dengan makanan tradisi Johor iaitu Asam Pedas dan beberapa makanan eksotik iaitu Belangkas dan Ketam Bangkang. 


Semua peserta dibekalkan pakian dan aksesori ala Pirate zaman dahulu dan pelbagai acara diadakan seperti Pirate Karaoke, Pirate Best Dress, Pirate Lucky Table dan Pirate Trasyre Hunt.

Majlis penutupan Seminar Cape-X 3 telah dirasmikan oleh Tuan SAC Wan Mohd Bin Wan Abdullah wakil rasmi Pengerusi National Key Area Result (NKRA).

Kami pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan penceramah yang menjayakan Seminar ini dan kepada semua Urusetia yang terlibat Syabas diucapkan.


Sila ke Arkib Gambar untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang Seminar Cape-X 3 dijalankan.

Nantikan Cape-X 4 versi tahun 2015 yang akan datang!!!!